Tuesday, February 11, 2014

PUISI : AKU DI SINI





AKU DI SINI

Kini kau pergi lagi
Mengejar cita-cita
Jarak telah memisahkan
Entah bila akan bersua
Semangatku pudar
Kuharap waktu cepat berlalu

Tidakku titip ucapan selamat jalan
Kuanggap dirimu sentiasa ada di sini
Walaupun bayang-bayang tidak kuizinkan
Luput dari pandangan
Begitukah kau di sana
Seperti apa yang kurasa

Aku di sini setia menanti
Hari-hari
Tanpa henti
Sentiasa ada ruang
Berkongsi apa sahaja

Tak pernah begini
Berat kutanggung perasaan
Tak ingin pernah kehilangan
Dalam gelap tetap kugapai
Andai hilang
Seribu cahaya kubawa

Takdir telah tetap
Daya kita terbatas
Hikmah akan terbukti
Atas kita manusia lemah
Tuhan tidak lupa
Pada hamba mulia
Janji-Nya pasti

Saturday, February 8, 2014

RUMUSAN BUKU




 Rahsia Islam Di China. 
Buku berjudul "Rahsia Islam Di China" tulisan Ann Wan Seng bergenre Politik & Sejarah Islam. Sahabat nabi Saad bin Abi Waqqas adalah delegasi pertama umat Islam yang menyebarkan dakwah di bumi China. Maharaja Yung Wei dari Dinasti Tang (618-907 M)menyambut baik kedatangan orang Islam yang terkenal dengan sifat jujur & dan amanah. Walaupun empayar maharaja silih berganti hingga ke era pemerintahan republik komunis, sinar Islam tidak pernah pudar.Menariknya buku ini menceritakan empat faktor galakkan nabi supaya berdakwah ke negeri China iaitu faktor kertas,sutera,mercun dan tembikar.

Faktor pertama ialah kertas kerana orang Cina merupakan bangsa pertama yang mencipta kertas iaitu seawal abad pertama. Kertas yang dicipta oleh orang cina mempunyai kualiti yang tinggi. Justeru, nabi memerintahkan para sahabat mempelajari cara membuat kertas kerana ia membolehkan al-Quran dapat direkodkan dan disebarkan kepada seluruh umat manusia.

Sutera menurut ajaran Islam sutera haram dipakai oleh kaum lelaki tetapi kesan disebalik seruan nabi itu ialah menggunakan sutera sebagai penyimpan senjata atau pembalut pedang kerana kain biasa tidak sesuai digunakan malah berat berbanding sutera yang ringan dan mempunyai ketahanan yang luar biasa.

Faktor seterusnya ialah faktor mercun. Orang cina juga merupakan bangsa pertama yang mencipta bahan letupan. Ilmu membuat mercun penting kerana ia dapat digunakan dalam peperangan. Memandangkan pada perkembangan awal Islam kelengkapan senjata adalah kurang berbanding musuh maka mercun digunakan bagi tujuan menakutkan dan mengelirukan musuh selain menunujukkan kekuatan yang ada pada tentera Islam.

Manakala faktor terakhir ialah faktor tembikar. Orang Arab dahulu menyimpan air dalam bekas tembikar. Kaedah ini ternyata mendatangkan banyak kesan buruk kerana air itu lama-kelamaan menjadi beracun. Dengan menguasai kemahiran membuat tembikar, air dapat disimpan dengan baik dan terpelihara dari segi khasiatnya lebih-lebih lagi di persekitaran yang panas dan kering

Selain itu, banyak asimilasi budaya yang membentuk budaya silang iaitu percampuran budaya Cina & Arab,kahwin campur,seni bina dan banyak lagi.Antara contoh lain yang terletak pada nama :

Tcha Ma Lou Tin = Jamaluddin
Suleyman Din = Salahuddin

PUISI : YANG MENGINGATI




YANG MENGINGATI

Di sini… 
Hangatnya mentari tak lagi terasa 
Tapi semua tahu 
 Bukan kerana mentari lelah berpijar

Di sini… 
Meski tiada yang tahu 
Ada hati yang perlahan mati 
Kerana asa yang pupus

Dan di sini.. 
Dalam diam ini 
Setiap saat aku masih memikirkannya 
Kerana aku masih mengingatinya